Wednesday, March 31, 2010

Last SDG....

Assalamualaikum,

Petang tadi telah diadakan perjumpaan untuk group SDG untuk pertama kali dan menjadi yang terakhir kali untuk semester ini.......sedih rasanya hati ini untuk berpisah dgn semua sahabat2 ku ini. Dengan keadaan cuaca yang mendung dan kehujanan membuatkan hati ku terasa lebih sayu dan sedih.

Sampai sahaja aku dihadapan bilik ustaz Nasri,terkejut aku dibuatnya...bukan ada hantu laaaa...ramai juga yang datang.aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat menghadirkan diri walaupun aku tahu semua orang sekarang ini sibuk dengan assignment....

Tiba2 ustaz pulak x ada dalam bilik....aku try call ustaz x angkat pulak....selang beberpa minit ustaz pun sampai.....menarik nafas lega aku....Alhamdulillah.

Lepas itu, bermulalah perbualan kami semua...ustaz adalah seorang yang ceria dan peramah..sampai x kering gusi kami dibuatnya...Biasalah dah peang2 cam nie kene lah wat lawak sikit klu x bosannnnn.

Kami semua pun sudah lama tidak bertemu. klu ada pn terserempak kat DKG time kuliah...itu pn klu terjumpa.....semua orang kelihatan gembira dan senang hati walaupun kami x banyak bercakap.kerna x tahu apa nak dicakapkan....ustaz je la yang bercakap dan bercakap....kami mdgrar dgn khusuk yerrr.pas tu ustaz tanya sorang2 mngenai modul SDG kami untuk sem ini.....respon yang diberikan oleh sahabat2 ku ok.....

berbual punya berbual x sedar masa berlalu dengan pantas....dah kol 6.30 petang......rasaya baru je duduk.....hesh...hesh...dalam group kami ada seorang student international came from China.....bibir dia x lekang dengan senyuman......cair kpd sesiapa yang melihatnya....hehehe
ustaz pn tanya kepadanya tentang patrionism dan volunteerism......dia pn jawab....

tiba2 ustaz tanya kepada ku?awak suka memasak? aku pn jawap la ha'ah memang suka memasak,masak lemak cili api......ustaz tanya sedap x aku masak....aku pn mjawap boleh la untuk keluarga makan....maluuuu...huhuhu

Kini tiba lah masanya untuk kami semua berpisah......sebelum itu ustaz ada beri sedikit kata2 terakhir kpd kami semua....

"orang yang cemerlang adalah hari ini lebih baik dari hari semalam, orang yang rugi adalah hari ini sama dengan hari semalam manakala orang yang celaka adalah hari ini lebih teruk dari hari semalam"....renung2 kan dan amalkan.....insyaAllah kita akan bertemu jika Allah s.w.t panjangkan umur kita

Tuesday, March 30, 2010

Gambar yang menghina Islam & info y kontoversi drpd Ustaz Zahiruddin

Gambar Yang Menghina Islam &

Info Yang Kontroversi

Benarkah Gambar Ini di Lakukan Oleh Coke?

Berita ini saya petik dari web persatuan pengguna Islam Malaysia (BAHAGIAN ADUAN PENGGUNA), bukan PPIM yangmengeluarkan aduan ini tetapi ia diterima dari pengguna.

Tanpa syak lagi, jika gambar ini benar-benar dicipta dan diedarkan oleh pihak Cola Cola dan bukannya direka cipta oleh pihak-pihak lain yang dengki atau pesaing mereka secara 'super impose' dan sebegainya, ia sememangnya suatu bentuk penghinaan Islam secara terang-terangan dan layak diboikot.

Saya sememangnya bukan termasuk dari kalangan yang meminum cola cola tetapi secara rasionalnya, terdetik rasa amat sangsi kerana gambar ini kelihatan terlalu agak melampau dan 'kerterlaluan' bagi sebuah syarikat profesional dan besar seperti cola cola untuk melakukannya. Agak tidak logik juga rasanya.

Sudah pasti mereka masih ada kepekaan dengan hati pelanggan Muslim mereka diserata dunia. Kesangsian saya bertambah tinggi apabila habis saya buka web coca cola dan tiada boleh didapati gamabr-gambar sebegini. Sudah tentu saya hanya merujuk web rasmi coca cola sahaja.

Beginilah, sifirnya mudah sahaja, jika benar dan terbukti maka tersangat wajar untuk umat Islam memboikot minuman ini. Jika gambar dan berita yang disiarkan di bawah ( petikan dari PPIM web site) tidak benar, maka anda masih bebas selagi tiada yang bukti rasmi.

Saya cenderung mengatakan gambar yang disiarkan adalah palsu dan boleh dilihat tanda-tanda kepalsuannya itu dengan agak jelas. Cuma info berkenaan khinzir, saya tiada sebarang pengetahuan tentangnya.Wallahu 'alam.

Saya amat mengalu-alukan jika ada rakan-rakan yang sudi menghubungi Cola Cola bagi mendapatkan penjelasan rasmi.

Saya telah merujuk web coke malaysia, pihak COKE kelihatan telah menjawab semua isu ini. Saya tidak dapat memaparkannya di sini kerana 'tidak boleh copy'. Justeru anda bolehlah membacanya sendiri.

Bagaimanapun, info dari web coke malaysia juga masih boleh disemak oleh anda. Buat masa ini saya tiada sebarang komen yang mampu dikongsikan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

assigment y menanti u dihantar.....

FRM-31/3/2010

BANK MANAGEMENT- 8/4/2010

FRM-8/4/2010-assigment group (excercise 4)

beginilah jika kita bergelar seorang pelajar......ini adalah satu amanat y harus kita laksanakan dengan telus dan berdedikasi......

berusaha adalah tangga kejayaan............................insyaAllah
salam....

Hari ini 30/3/2010 merupakan hari sangat2 memeritkan bagiku.....kerana mula dr kol 8 a.m hingga 5 p.m ada presentation seminar kewangan dan perbankan Islam y wajib dihadiri oleh semua budak kelas ku.....

Pn.Rosmalieza dan Dr.zairani jadi jugde kpd kitaorang.........best sangat rasenya.....terharu

Dr.zai byk memberi soalan dan memberi komen y membina kpd kami semua u perbaiki apa yang kurang.....nasihat 2 u memajukan diri kami jak...terima kasih Dr.zai dan Pn.Ros.....

Tp bebaloi-baloi.......dapat juga la tambah ilmu walaupun sedikit kan....alhamdulillah....

Friday, March 26, 2010

Hati Yang Sudah Hitam.................

"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

> * Bertaubat

> * Menyesali dosa yang telah dilakukan

> * Tidak tergila-gilakan dunia

> * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

> * Tinggalkan sifat berbangga

> * Tinggalkan sifat khianat dan menipu

> * Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

> 1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

> 2..Syurga di sebelah kananku,

> 3.Neraka di sebelah kiriku,

> 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

> 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

> Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini kepada sahabat2.

> Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.